Bagaimana Membeli Rumah Kediaman Secara Jimat?
Minggu lalu,saja aku google pasal perumahan betul-betul bersebelahan rumah aku.Aku kira projek perumahan ini khas untuk bumiputera serta agak menarik.Masa mula-mula buka untuk jualan,ramai jugalah yang menerjah sambil mengusha harga.Celamak,harga mula-mula aku tengok dalam RM270k.Rumah ini kecil sahaja.Aku rasa dalam 20×80.Lebih kurang macam itu.
Mula-mula aku rasa macam mahal gila.Ye,aku rasa mahal.Mungkin aku tak pernah beli rumah atau tidak tahu nilai semasa.Sekali aku google,ini aku jumpa.
![]()
Inilah rumah dia.Aku baca desription,luas rumah hanya 18×80.Okay soalan sekarang,berapa korang rasa harga rumah ini?RM340k.Gila!Mahal gila untuk rumah yang aku rasa sekecil ini.Kalau berminat dengan rumah ini,bolehlah klik sini.
Pada pendapat aku,memang harga rumah semakin meningkat.Tambah pula dengan Skim Rumah Pertama (SRP),ini akan meningkatkan pasaran hartanah.Bagaimana mahu mengatasi masalah ini?Bagaimana mahu mendapatkan rumah yang berdekatan dengan bandar dengan harga yang berpatutan.Ini ada beberapa cara yang aku pelajari.
1.Rumah lelong.
Hari ini,banyak syarikat yang mula mendominasi pasaran rumah lelong.Kalau selak surat khabar,banyak acara lelongan yang diadakan.In fact,hampir setiap minggu.So,anda bolehlah mencari rumah idaman anda di situ.Sebelum pergi ke majlis lelongan,sila kaji dulu kawasan yang anda ingin beli,nilai hartanah di kawasan itu bagi mengelakkan sebarang kerugian.Disampamping itu,bolehlah pergi ke rumah yang ingin anda beli untuk melihat reka bentuk rumah,kerosakan dan sebagainya.Make sure,segala bil utiliti,bil elektrik dan bil air dibayar oleh pemilik sebelum proses hand-over dilakukan.
2.Mencari kawasan yang baru.
Ini sedikit proses yang sukar dimana kita tidak boleh meramalkan apa yang akan berlaku disesuatu kawasan dengan tepat pada masa hadapan.Pentingnya,buat kajian mengenai kawasan tersebut dari segi pembangunan,infrastruktur dan bentuk muka bumi.Antara kawasan yang sedang membangun adalah seperti Rawang,Puncak Alam,Bangi,Seremban dan banyak lagi.Pokok pangkalnya,lakukan sedikit kajian terlebih dahulu.
3.Beli lot Bumiputera
Kalau boleh,belilah lot bumiputera kerana selalunya,pembeli di lot ini akan mendapat potongan sebanyak 7% dari harga nilai hartanah tersebut.Ini dapat menjimatkan anda semua.
So,ini antara serba sedikit yang aku tahu.Make sure,sebelum beli sesuatu hartanah,sila kaji dulu apa yang anda dapat.Ini bagi menggelakkan anda mengalami kerugian malas mungkin akan menyebabkan anda kembali mejual hartanah tersebut dengan harga yang lebih rendah.Dapatkan nasihat pakar serta jurukur nilai hartanah dalam menentukan nilai hartanah yang bakal anda perolehi.

